Isnin, 30 April 2012

Puisi


Puisi
  1. Rangkaian kata-kata yang berangkap-rangkap dengan menggunakan
Bahasa yang indah
  1. Kata-kata dalam puisi disusun dengan menitikberatkan irama /
Bunyi / rima / kiasan
  1. Terbahagi kepada dua ;
a.       Puisi tradisional – pantun, syair, gurindam , seloka
b.      Puisi moden – sajak
  1. Pantun
a.       Menggunakan bahasa yang indah
b.      Ada pembayang  dan maksud
c.       Bunyi suku kata akhir sejajar. ‘Ab’ untuk pantun dua kerat
dan ‘abab’ untuk pantun empat kerat
  1. Syair
a.       Karangan berangkap yang disadur daripada puisi Arab
b.      Setiap rangkap ada empat baris
c.       Suku kata di hujung baris dalam bentuk ‘aaaa’
d.      Tiada pembayang maksud. Setiap baris mempunyai maksud
yang berkaitan
e.       Mempunyai jeda ketika mengucapkannya
  1. Gurindam
a.       Berbentuk dua baris serangkap
b.      Setiap baris mempunyai bunyi yang sama pada hujungnya
c.       Barisan pertama mengandungi fikiran dan barisan kedua
pula jawapan bagi baris pertama
d.      Tidak mempunyai pembayang maksud
  1. Seloka
a.       Sejenis karangan berangkap berasal darpada bahasa Sanskrit
b.      Isi dan maksud terus menerus iaitu tiada pembayang maksud
c.       Mempunyai maksud tajam walaupun merupakan gurauan
  1. Sajak
a.       Suatu bentuk karangan berangkap yang lebih bebas dan tidak
Terikat dengan jumlah baris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan