Jumaat, 20 April 2012

BM Penulisan UPSR (Bahagian A)

Panduan Penulisan Mudah Lulus
(Untuk Murid Lemah)

1. Baca dan fahami kehendak soalan
2. Teliti gambar , kemudian bulatkan Kata Kerja
3. Senaraikan kosa kata / frasa (Kata kerja)
    Contoh: menyiram pokok , menyapu sampah , melipat baju
4. Lengkapkan Jadual
   Contoh:
Perkara
Frasa/Kata Kerja
Balqis
menyapu sampah
Hazim
menyiram pokok bunga

5. Penambahan Keterangan
    Contoh:
Perkara
Frasa/Kata Kerja
Keterangan : bila/di mana/
Bagaimana/
Tempat/dimana               
Balqis
menyapu sampah
menggunakan penyapu supaya rumahnya bersih
Hazim
menyiram pokok bunga
di luar rumah menggunakan saluran getah

6. Salin semula ayat lengkap tersebut.
   a) Balqis menyapu sampah menggunakan penyapu supaya
       rumahnya bersih.
   b) Hazim menyiram pokok bunga di luar rumah menggunakan
       saluran getah.
7. Ciri-ciri Ayat yang lengkap.
    a. Ada subjek dan predikat
    b. Menggunakan huruf besar / huruf kecil dan tanda baca yang betul
    c. Susunan ayat mengikut tatabahasa yang betul
    d. Penggunaan kosa kata yang betul



Tiada ulasan:

Catat Ulasan