Isnin, 30 April 2012

Puisi


Puisi
  1. Rangkaian kata-kata yang berangkap-rangkap dengan menggunakan
Bahasa yang indah
  1. Kata-kata dalam puisi disusun dengan menitikberatkan irama /
Bunyi / rima / kiasan
  1. Terbahagi kepada dua ;
a.       Puisi tradisional – pantun, syair, gurindam , seloka
b.      Puisi moden – sajak
  1. Pantun
a.       Menggunakan bahasa yang indah
b.      Ada pembayang  dan maksud
c.       Bunyi suku kata akhir sejajar. ‘Ab’ untuk pantun dua kerat
dan ‘abab’ untuk pantun empat kerat
  1. Syair
a.       Karangan berangkap yang disadur daripada puisi Arab
b.      Setiap rangkap ada empat baris
c.       Suku kata di hujung baris dalam bentuk ‘aaaa’
d.      Tiada pembayang maksud. Setiap baris mempunyai maksud
yang berkaitan
e.       Mempunyai jeda ketika mengucapkannya
  1. Gurindam
a.       Berbentuk dua baris serangkap
b.      Setiap baris mempunyai bunyi yang sama pada hujungnya
c.       Barisan pertama mengandungi fikiran dan barisan kedua
pula jawapan bagi baris pertama
d.      Tidak mempunyai pembayang maksud
  1. Seloka
a.       Sejenis karangan berangkap berasal darpada bahasa Sanskrit
b.      Isi dan maksud terus menerus iaitu tiada pembayang maksud
c.       Mempunyai maksud tajam walaupun merupakan gurauan
  1. Sajak
a.       Suatu bentuk karangan berangkap yang lebih bebas dan tidak
Terikat dengan jumlah baris

Kata Panggilan Hormat dalam Teks Ucapan


Bil
Kata Panggilan Hormat
Pihak Terbabit
1
Saudara/saudari
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati
2
Tuan Haji / Puan Hajah
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji
3
Yang dikasihi
Rakan-rakan
4
Yang dihormati
Ibu bapa , pengerusi majlis
5
Yang Berbahagia
Golongan kehormat.
Ch:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru
6
Yang Berusaha
Pengarah / Ketua jabatan
7
Yang Arif
Digunakan untuk hakim
8
Yang Amat Arif
Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam situasi formal di mahkamah
9
Tuan , Encik
Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati
10
Yang Berhormat
Panggilan untuk ahli politik

Sabtu, 28 April 2012

Bunyi Haiwan


BIL
NAMA
BUNYI
1
Ayam betina
Berketuk
2
Ayam jantan
Berkokok
3
Anjing
Menyalak
4
Burung
Berkicau
5
Beruang
Menderam
6
Cengkerik
Mengilai
7
Monyet
Mengerih
8
Nyamuk
Berdengung
9
Lembu
Melenguh
10
Kucing
Mengiau
11
Tikus
Berdecit
12
Ular
Berketur
13
Kambing
Mengembek
14
Itik
Mengakak
15
Merpati
Berdekut
16
Gagak
Menggauk
17
Rusa
Berdengking
18
Kuda
Meringkik
19
Katak
Berdengkang
20
Harimau
Mengaum