Sabtu, 31 Mac 2012

BM Penulisan UPSR (Bahagian C)

PENULISAN - Cara Menjawab Penulisan Bahagian C (Khas untuk Murid Lemah)

Contoh soalan.
Setiap pagi Balqis bangun pada pukul 6.oo pagi untuk pergi ke sekolah.  Sebelum mandi , dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri.  Balqis akan mandi dan menggosok gigi.  Sebelum ke sekolah , Balqis akan bersarapan bersama keluarganya.  Selepas itu , dia akan bersalaman dengan ibu dan bapanya.  Balqis tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya.  Balqis berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.  Jika dia sampai awal ke sekolah , dia akan membaca buku bersama-sama kawannya ataupun membantu kawan-kawannya menbersihkan bilik darjah.

Langkah 1- Gariskan ayat yang mempunyai nilai murni dan tuliskan Nilai Murni


Ayat
Nilai Murni
bangun pada pukul 6.00 pagi
menghargai masa
mengemaskan bilik tidurnya sendiri
berdikari
mandi dan gosok gigi
menjaga kebersihan diri
bersalaman dengan ibu dan bapanya
menghormati
membawa bekalan yang disediakan ibu
berjimat cermat


Langkah 2 - Lengkapkan ayat dengan meletakkan Kata Bantu

Siapa
Kata Bantu
Nilai Murni
Kita
mestilah
menghargai masa
Kita
perlulah
berdikari
Kita
hendaklah
menjaga kebersihan diri
Kita
mestilah
menghormati
Kita
perlulah
berjimat cermat

Langkah 3 - Lengkapkan ayat beserta huraian

Siapa
Kata Bantu
Nilai Murni
Huraian
Kita
mestilah
menghargai masa
dengan bangun awal
Kita
perlulah
berdikari
dengan mengemas bilik tidur
Kita
hendaklah
menjaga kebersihan diri
dengan mandi dan gosok gigi
Kita
mestilah
menghormati
ibu bapa
Kita
perlulah
berjimat cermat
membawa bekalan ke sekolah


Langkah 4 - Tulis jawapan dalam satu perenggan

Kita mestilah menghargai masa dengan bagun awal pagi.  Kita perlulah berdikari dengan mengemas bilik tidur.  Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dengan mandi dan menggosok gigi.  Kita mestilah menghormati ibu dan bapa.  Kita perlulah berjimat cermat dengan membawa bekalan makanan ke sekolah.


1 ulasan: