Jumaat, 20 April 2012

RPH BM Tahun 4


Tarikh/Hari       :      29 Januari 2012 (Rabu)
Kelas               :      4 Usaha                               Masa           : 8.40 – 9.40 pagi
M/Pelajaran     :      Bahasa Melayu                    Bil. Pelajar  : 26 orang
Tema               :     Sekolahku Berjasa
Tajuk               :      Perhimpunan Mingguan

Objektif  :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berkeupayaan :-
1.   Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
2.   Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.
3.    Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Pengetahuan Sedia Ada      :   Semua murid pernah menyertai Perhimpunan Mingguan
                                                 di sekolah.
Konsep                                 :   Pemusatan murid , perbincangan
Bahan                                   :   Buku Teks,  Kamus ,  Kad perkataan                                                                     
Kemahiran bernilai tambah  :   Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran kontekstual
Nilai murni                            :  Mematuhi peraturan , Bekerjasama , Hormat-
                                                Menghormati , Bertanggungjawab
Membaca  :
5.1 Aras 3 (i)   Membaca petikan dengans sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
5.1 Aras 3 (ii)  Menjelaskan makna perkataan menkikut konteks.
5.1 Aras 3 (iii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Tatabahasa : Kata Kerja

Langkah
/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)

Perhimpunan Mingguan

Guru bersoaljawab dengan murid tentang agenda dan fungsi Perhimpunan Mingguan

Muid menjawab pertanyaan guru berkaitan Perhimpunan Mingguan yang dilaksanakan pada setiap hari Isnin

Perkembangan
Langkah 1
( 7 minit)



Teks bacaan bertajuk “Perhimpunan Mingguan “

Guru mengarahkan murid membaca teks dengan suara yang jelas

Murid membaca teks “ Perhimpunan Mingguan ”dengan sebutan yang lancar dan intonasi yang betul

Langkah 2
 ( 7 minit)


Mencari makna perkataan

1) Guru menyuruh murid menyenaraikan dan menyebut perkataan berwarna merah yang terdapat dalam petikan




2) Guru mengarahkan murid untuk memadankan maksud perkataan di papan hitam mengikut kumpulan

3) Guru meminta murid membacakan perkataan beserta maksudnya mengikut kumpulan


Murid menyebut perkataan yang diwarnakan dan mencari makna perkataan di dalam kamus secara berkumpulan

2) Murid memadankan maksud perkataan dengan betul


3) Murid membaca perkataan dan maksudnya dengan sebutan yang jelas dan betul

Langkah 3
(10 minit)

1)Menjawab  
   soalan   
   pemahaman





2) Kata Kerja

1) Guru meminta murid menjawab soalan pemahaman berdarkan petikan secara lisan




2) Guru mengarahkan murid menyenaraikan dan menyebut kata kerja yang terdapat dalam petikan

1) Murid menjawab soalan pemahaman secara individu mengikut konteks bahasa yang betul

2) Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan

Penutup
( 3 Minit )

Rumusan isi pelajaran

Guru membuat rumusan dan meminta murid menyatakan nilai murni berdasarkan petikan


Murid menyatakan nilai-nilai murni yang dapat diterapakan dalam perhimpunan mingguan




1 ulasan:

  1. sya guru baru belajar..
    nak guna rph ni sbg panduan
    minta halal ya cikgu
    terima kasih

    BalasPadam