Puisi
- Rangkaian kata-kata yang berangkap-rangkap dengan menggunakan
Bahasa yang indah
- Kata-kata dalam puisi disusun dengan menitikberatkan irama /
Bunyi / rima / kiasan
- Terbahagi kepada dua ;
a. Puisi tradisional – pantun, syair, gurindam , seloka
b. Puisi moden – sajak
- Pantun
a. Menggunakan bahasa yang indah
b. Ada pembayang
dan maksud
c. Bunyi suku kata akhir sejajar. ‘Ab’ untuk pantun dua
kerat
dan ‘abab’ untuk pantun
empat kerat
- Syair
a. Karangan berangkap yang disadur daripada puisi Arab
b. Setiap rangkap ada empat baris
c. Suku kata di hujung baris dalam bentuk ‘aaaa’
d. Tiada pembayang maksud. Setiap baris mempunyai maksud
yang berkaitan
e. Mempunyai jeda ketika mengucapkannya
- Gurindam
a. Berbentuk dua baris serangkap
b. Setiap baris mempunyai bunyi yang sama pada hujungnya
c. Barisan pertama mengandungi fikiran dan barisan kedua
pula jawapan bagi baris
pertama
d. Tidak mempunyai pembayang maksud
- Seloka
a. Sejenis karangan berangkap berasal darpada bahasa
Sanskrit
b. Isi dan maksud terus menerus iaitu tiada pembayang
maksud
c. Mempunyai maksud tajam walaupun merupakan gurauan
- Sajak
a. Suatu bentuk karangan berangkap yang lebih bebas dan
tidak
Terikat dengan jumlah baris