Contoh soalan.
Setiap pagi Balqis bangun pada pukul 6.oo pagi untuk pergi ke sekolah. Sebelum mandi , dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Balqis akan mandi dan menggosok gigi. Sebelum ke sekolah , Balqis akan bersarapan bersama keluarganya. Selepas itu , dia akan bersalaman dengan ibu dan bapanya. Balqis tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya. Balqis berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Jika dia sampai awal ke sekolah , dia akan membaca buku bersama-sama kawannya ataupun membantu kawan-kawannya menbersihkan bilik darjah.
Langkah 1- Gariskan ayat yang mempunyai nilai murni dan tuliskan Nilai Murni
Ayat
|
Nilai Murni
|
bangun pada pukul 6.00 pagi
|
menghargai masa
|
mengemaskan bilik tidurnya sendiri
|
berdikari
|
mandi dan gosok gigi
|
menjaga kebersihan diri
|
bersalaman dengan ibu dan bapanya
|
menghormati
|
membawa bekalan yang disediakan ibu
|
berjimat cermat
|
Langkah 2 -
Lengkapkan ayat dengan meletakkan Kata Bantu
Siapa
|
Kata
Bantu
|
Nilai
Murni
|
Kita
|
mestilah
|
menghargai masa
|
Kita
|
perlulah
|
berdikari
|
Kita
|
hendaklah
|
menjaga kebersihan diri
|
Kita
|
mestilah
|
menghormati
|
Kita
|
perlulah
|
berjimat cermat
|
Langkah 3 -
Lengkapkan ayat beserta huraian
Siapa
|
Kata Bantu
|
Nilai Murni
|
Huraian
|
Kita
|
mestilah
|
menghargai masa
|
dengan bangun awal
|
Kita
|
perlulah
|
berdikari
|
dengan mengemas bilik tidur
|
Kita
|
hendaklah
|
menjaga kebersihan diri
|
dengan mandi dan gosok gigi
|
Kita
|
mestilah
|
menghormati
|
ibu bapa
|
Kita
|
perlulah
|
berjimat cermat
|
membawa bekalan ke sekolah
|
Langkah 4 - Tulis jawapan dalam satu perenggan
Kita mestilah menghargai masa dengan bagun awal pagi. Kita perlulah berdikari dengan mengemas bilik tidur. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dengan mandi dan menggosok gigi. Kita mestilah menghormati ibu dan bapa. Kita perlulah berjimat cermat dengan membawa bekalan makanan ke sekolah.